PENGETUA & GPK 1

PENGETUA & GPK 1

Saturday, March 6, 2010

KEPUTUSAN SPM 2009

Kementerian Pelajaran mengumunkan Keputusan SPM 2009 akan diumumkan pada 11 March 2010 (Khamis) . Kepada yang berkenaan selamat mengambil keputusan peperiksaan semoga berjaya....

Sunday, February 21, 2010

MAULIDURRASUL

Majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat SMKFN dijadualkan pada 11 Rabuilawal 1431H dengan bertema "MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH"

Monday, February 8, 2010

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER




Pada 8 Februari 2010 telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah pelantikan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber 2010. Majlis telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman En Mahzan.

Wednesday, January 20, 2010

LARIAN MERENTAS DESA MERIAH

20 JANUARI 2010
Hari ini berlangsung Larian Merentas Desa SMKFN kali ke 8. Larian Merentas Desa pada tahun ini berlangsung dengan meriah dengan juara setiap kategori menerima hadiah yang lumayan. Apa yang lebih penting 'Bersukan tanpa melanggar syariat Islam'. Syabas kepada semua guru (terutama PK Ko) yang memastikan pelajar2 menutup aurat sepenuhnya.



Untuk maklumat lebih gempak klik sini

Sunday, January 10, 2010

TAHNIAH PELAJAR CEMERLANG PMR 2009


NURULAMILIA BT RAZAK-8A
ROS AZLIANI BT ALI-8A
NURUL SHAHIDA BT MD AZHAR-7A1B
SHARIFAH YUSNANI BT SYED ADNAN-7A1B


Friday, January 8, 2010

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan Warga Negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Monday, January 4, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010